Bahan Pembelajaran

   














 
 




Kata Seru
1. Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4. Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.
Kata Seru Penggunaannya Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai untuk menyatakan perasaan sedih Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu 1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum 1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih untuk menyatakan perasaan marah dan benci 1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut 1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai untuk menegur seseorang atau menarik perhatian 1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!





Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
2. Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:
Penjodoh Bilangan

Penggunaannya
Contohnya
angkatan untuk sekumpulan manusia atau benda kapal, tentera, pelukis, penulis
baris untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang untuk menunjukkan benda-benda yang panjang sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk untuk benda-benda kecil yang berkeluk mata kail, subang, cincin
berkas untuk benda-benda yang diikat bersama-sama kunci, lidi, kayu
bidang untuk benda-benda yang terbentang luas tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah untuk benda-benda yang tajam parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah sabun, roti, benang
butir untuk benda-benda yang bulat atau kecil telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis untuk benda-benda yang dikoyakkan kertas, kain
cubit untuk benda yang diambil sedikit dengan jari garam, gula, kunyit
cucuk untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi sate
das untuk bunyi letupan atau tembakan meriam, pistol, senapang
deret untuk benda-benda yang tersusun bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor untuk semua jenis binatang nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam untuk benda-benda yang digenggam pasir, beras, padi
gugus untuk buah-buah ataupun benda anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung untuk benda-benda yang bergulung filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai untuk benda-benda yang nipis dan lebar daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat untuk benda-benda yang diikat kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai bunga, kunci
kaki untuk benda-benda yang bertangkai payung, cendawan, bungs
kawan untuk kumpulan haiwan lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda burung, awan, pulau, bintang
kepal untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan nasi, pulut, tanah
keping untuk benda-benda yang nipis atau pipih roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat untuk bahagian benda-benda yang dipotong roti, tiang
Ketul untuk benda-benda yang berketul dan padu ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum untuk bungs mawar, melati, anggerik
Laras untuk senjata api pistol, senapang, meriam
lembar benda-benda yang lurus dan panjang kertas, dawai, benang
longgok untuk benda-benda yang berada dalam longgokan durian, pakaian, tanah, cili
naskhah untuk bahan bacaan yang berjilid surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang untuk manusia guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan untuk benda-benda yang berbentuk kepingan coklat, petai, mercun
pasang untuk benda dan manusia yang berpasangan pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa untuk bahagian dalam buah durian
pasukan untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah untuk kata perkataan, kata-kata
potong untuk benda-benda yang sudah dipotong kuih, daging, roti
pucuk untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung untuk sebahagian benda yang masih menyala rokok, bara, kayu api
rangkap untuk puisi pantun, sajak, syair
rawan untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat jala, jaring, pukat
ruas untuk benda yang beruas-ruas tebu, buluh
rumpun untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir untuk buah pisang pisang
tandan untuk buah-buahan yang bertandan pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik untuk cecair yang menitis air, darah, dakwat, embun
tongkol untuk buah yang bertongkol jagung
ulas untuk isi buah-buahan yang berpangsa durian, limau, nangka, cempedak
urat untuk benda-benda yang halus dan panjang rambut, benang, dawai,
utas untuk benda-benda yang panjang tali, dawai, rantai

3 comments: