Tuesday, 27 November 2012

KATA ADJEKTIF

  1. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan bagi sesuatu kata nama.

2. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis, iaitu:
a) Sifat/keadaan
    - rajin, baik, sihat, pandai, cantik
b) Warna
    - merah, kuning, hijau, biru, putih

c) Ukuran
    - panjang, pendek, tebal, nipis, besar


d) Bentuk
    - bujur, bulat, leper, kempis, buncit

e) Waktu
    - lama, silam, awal, segera, baru

f) Jarak
    - dekat, jauh, hampir, jarang


g) Cara
    - Cermat, lambat, perlahan, pantas

h) Perasaan
    - duka, sayang, rindu, malu, gembira

i) Pancaindera
    -masin, masam, harum, busuk, merdu

Ayat Contoh
1. Puan Siti semakin kurus sejak menghidapi penyakit misteri.

2. Daun-daun kering berguguran ditiup angin.

3. Pokok durian itu berbuah lebat.

4. Air sungai itu mengalir dengan deras.

5. Suara Dato' Siti Nurhaliza sungguh merdu sekali.





17 comments: