Tuesday 27 November 2012

KATA ADJEKTIF

  1. Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan bagi sesuatu kata nama.

2. Kata adjektif terbahagi kepada 9 jenis, iaitu:
a) Sifat/keadaan
    - rajin, baik, sihat, pandai, cantik
b) Warna
    - merah, kuning, hijau, biru, putih

c) Ukuran
    - panjang, pendek, tebal, nipis, besar


d) Bentuk
    - bujur, bulat, leper, kempis, buncit

e) Waktu
    - lama, silam, awal, segera, baru

f) Jarak
    - dekat, jauh, hampir, jarang


g) Cara
    - Cermat, lambat, perlahan, pantas

h) Perasaan
    - duka, sayang, rindu, malu, gembira

i) Pancaindera
    -masin, masam, harum, busuk, merdu

Ayat Contoh
1. Puan Siti semakin kurus sejak menghidapi penyakit misteri.

2. Daun-daun kering berguguran ditiup angin.

3. Pokok durian itu berbuah lebat.

4. Air sungai itu mengalir dengan deras.

5. Suara Dato' Siti Nurhaliza sungguh merdu sekali.





Monday 26 November 2012

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri ialah perkataan yang menggantikan nama seseorang.

KATA NAMA

  1. Kata nama digunakan untuk menyebut nama orang, banda, tempat, dan binatang.
  2. Kata nama terbahagi kepada:
    a) Kata nama am

    b) Kata nama khas


     
  3. Kata nama am merujuk kepada manusia, binatang, benda, tempat , dan sebagainya secara umum.

    Contoh :
    Manusia - 
    sahabat, jiran, ibu, abang, guru
    BInatang - kucing, kuda, anjing, harimau, kambing
    Benda - telefon, buku, pensel, baju, komputer
    Tempat - rumah, taman, bandar, sekolah, hospital
    ** Kata nama am perlu ditulis dengan huruf kecil kecuali pada permulaan ayat.



 

  1. Kata nama khas digunakan untul menyebut nama orang, binatang, tempat dan sebagainya secara khusus.
    Contoh :
    Manusia - Chee Ming, Asraf, Encik Aziz, Cikgu Azman, Pak CIk Ahmad
    Binatang - Si Tompok, Si Jalak, Pak Belang, Si Comel, Sang Bedal
    Benda - Proton Wira (kereta), Dewan Pelajar (majalah), Parker (pen), Adidas (jenama pakaian), Bata (kasut)
    Tempat - Kuala Lumpur, Zoo Negara, Skudai, Malaysia, Taman Mutiara
    ** Huruf awal bagi kata nama khas perlu ditulis dengan huruf besar.

Monday 12 November 2012